SWAROVSKI MALAYSIA TRADING SDN BHD

DASAR PRIVASI AM MALAYSIA

Dasar Privasi Am Malaysia (“Dasar Privasi”) ini terpakai untuk semua data peribadi yang dikumpulkan oleh Swarovski Malaysia Trading Sdn Bhd dan perbadanan-perbadanan yang berkaitan dengannya (“Swarovski”), termasuk tanpa batasan, melalui Laman web ini, dan menerangkan bagaimana kami mengendalikan data peribadi dan mematuhi kehendak undang-undang privasi yang terpakai.

Dasar Privasi ini digunakan sebagai tambahan kepada (jika berkenaan) dasar-dasar privasi khusus kepada program-program Swarovski Crystal Society (“SCS”) atau Swarovski Club.

Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan antara mana-mana peruntukan dalam Dasar Privasi ini dan peruntukan dasar privasi khusus untuk program-program SCS atau Swarovski Club masing-masing, peruntukan Dasar Privasi ini akan diguna pakai.​

Pengumpulan data peribadi anda​

Kami mengumpul data peribadi daripada pelanggan-pelanggan (sedia ada dan bakal), pembekal, kontraktor, pekerja dan bakal pekerja, dan pengguna dan individu lain untuk pelbagai perniagaan dan tujuan lain yang selanjutnya disenaraikan di bawah. Dalam seksyen ini, kami menerangkan jenis data peribadi yang biasanya kami kumpulkan serta bagaimana kami mengumpul maklumat ini.

Jenis maklumat yang Swarovski akan kumpul daripada anda bergantung kepada keadaan di mana maklumat tersebut dikumpulkan. Ia mungkin termasuk, contohnya, butiran kenalan anda (seperti nama, alamat e-mel, alamat, nombor telefon), tarikh lahir, jantina dan jika perlu untuk membuat pembelian, pertukaran, pulangan atau transaksi yang serupa, butiran kad kredit atau perbankan anda.

Khususnya, Swarovski akan mengumpul data peribadi:

•        apabila anda menghubungi kami atau peruncit kami yang dibenarkan dengan pertanyaan atau isu;

•        apabila anda menyertai promosi atau pertandingan kami;

•        apabila anda mengisi soal selidik, tinjauan atau borang hubungan;

•        apabila anda mendaftar atau memberikan maklumat anda dengan atau kepada kami atau peruncit kami yang dibenarkan;

•        apabila anda mengemukakan maklumat melalui Laman Web ini atau saluran media sosial kami;

•        apabila anda menyertai SCS, Swarovski Club (atau kumpulan keahlian yang serupa); atau

•        apabila anda menggunakan Laman Web ini, dalam keadaan yang mana sistem kami akan secara automatik mengumpul maklumat berhubung dengan kunjungan anda ke Laman Web ini, seperti alamat IP anda.

Sekiranya anda tidak memberikan Swarovski dengan semua data peribadi yang diminta, kami mungkin tidak dapat membantu anda atau membekalkan anda produk-produk dan/atau perkhidmatan kami, anda mungkin tidak dapat menyertai promosi atau pertandingan kami atau anda mungkin tidak dapat menyertai SCS, Swarovski Club (atau kumpulan keahlian yang serupa).​

Di mana dapat dilaksanakan, kami akan mengumpul data peribadi secara terus daripada anda.​

Penggunaan cookies oleh kami

Cookies adalah kepingan maklumat yang suatu laman web pindahkan ke cakera keras komputer anda untuk tujuan penyimpanan rekod. Kebanyakan pelayar web ditetapkan untuk menerima cookies. Swarovski menggunakan cookies untuk menjadikan penggunaan Laman Web, sumber dan perkhidmatan ini oleh anda semudah mungkin. Cookies dalam dan dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna, walaupun mereka mengenal pasti pelayar pengguna. Cookies berguna untuk menganggarkan bilangan pengguna kami dan menentukan pola lalu lintas keseluruhan melalui Laman Web ini.​

Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang cookies, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk menolak cookies, tetapi ini mungkin bermakna anda tidak akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada perkhidmatan dan sumber itu di Laman Web ini.​

Penggunaan dan pendedahan data peribadi anda​

Kami hanya akan menggunakan dan mendedahkan data peribadi anda mengikut undang-undang privasi yang terpakai, Dasar Privasi ini dan (jika berkenaan) dasar-dasar privasi khusus kepada program-program SCS atau Swarovski Club (secara kolektif, “Dasar-dasar Privasi” kami).

Tujuan kami dalam mengumpul, memegang, mengguna dan mendedahkan maklumat tentang anda adalah untuk:

  • membangunkan, meningkatkan, memasarkan dan membekalkan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami (termasuk pembaikan dan pulangan);
  • membalas pertanyaan anda jika anda mencari maklumat mengenai produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • berkomunikasi dengan anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • menjalankan promosi dan pertandingan;
  • menjalankan penyelidikan pasaran dan analisis;
  • memproses dan menilai permohonan pekerjaan;
  • menguatkuasakan perjanjian antara anda dan kami;
  • memaklumkan anda tentang aktiviti, produk dan perkhidmatan kami;
  • membolehkan anda menyertai dan mengambil bahagian dalam SCS, Swarovski Club dan keahlian berkaitan Swarovski yang serupa;
  • mematuhi keperluan perundangan dan regulatori;
  • mengendalikan perniagaan kami dengan cekap; dan
  • mewujudkan, membangunkan, mengendalikan dan menyampaikan dan memperbaik produk dan perkhidmatan kami.

Swarovski juga mungkin menggunakan data yang diagregatkan, tanpa nama mengenai pelanggan dan/atau pengguna laman webnya sebagai satu kumpulan, untuk tujuan perniagaan Swarovski.

Dalam menjalankan perniagaan kami, ia mungkin perlu untuk berkongsi maklumat tentang anda dengan dan antara badan-badan korporat kami yang berkaitan, peruncit kami yang dibenarkan dan organisasi-organisasi yang memberikan perkhidmatan kepada kami. Kami tidak akan selain itu mendedahkan data peribadi kepada organisasi lain melainkan:

  • pendedahan itu adalah untuk salah satu tujuan yang dihuraikan dalam atau sebaliknya dibenarkan oleh Dasar-dasar Privasi kami;
  • pendedahan itu diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang;
  • kami percaya pendedahan itu perlu untuk membekalkan anda dengan produk atau perkhidmatan yang anda telah minta;
  • kami percaya pendedahan itu perlu untuk melindungi hak, harta benda atau keselamatan peribadi orang lain atau Swarovski; atau
  • aset-aset dan operasi perniagaan Swarovski dipindahkan kepada pihak ketiga.​

Peruncit dan penyedia perkhidmatan

Seperti kebanyakan organisasi yang besar, kami menggunakan rangkaian peruncit yang dibenarkan untuk menjual dan menservis produk kami dan penyedia perkhidmatan untuk membantu kami memaksimumkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan kami dan operasi perniagaan kami. Ini bermakna bahawa individu dan organisasi di luar organisasi kami, seperti peruncit pihak ketiga bagi produk Swarovski, pihak-pihak ketiga yang mengendalikan data peribadi bagi pihak dan mengikut arahan Swarovski (pemprosesan data yang diarahkan) dan pihak-pihak ketiga yang Swarovski arahkan untuk pembaikan produk-produk kami, kadang-kadang akan mempunyai akses kepada data peribadi yang dipegang oleh kami dan boleh menggunakannya bagi pihak kami. Kami memerlukan penyedia perkhidmatan kami untuk mematuhi garis panduan privasi yang ketat dan tidak menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan yang tidak dibenarkan.

Menggunakan data peribadi anda untuk pemasaran

Kami mungkin menggunakan data peribadi yang anda telah berikan kepada kami, termasuk alamat e-mel anda, untuk memberikan anda maklumat berhubung dengan produk baru atau yang telah dikemaskinikan atau perkhidmatan atau tawaran istimewa, promosi atau pertandingan yang mana anda mungkin berminat. Kami hanya akan berbuat demikian mengikut undang-undang yang terpakai atau dengan persetujuan anda terlebih dahulu.

Jika pada bila-bila masa anda tidak mahu menerima maklumat tersebut daripada kami, anda boleh meminta kami untuk mengeluarkan nama anda daripada senarai kami dengan menghubungi kami menggunakan butiran hubungan kami di bawah. Secara alternatif, jika kami menghantar maklumat sedemikian kepada anda melalui e-mel, anda boleh menggunakan fungsi berhenti melanggan dalam e-mel itu untuk memaklumkan kami bahawa anda tidak mahu menerima maklumat tersebut daripada kami melalui e-mel. Dalam sebarang keadaan, sila berikan 5 hari bekerja untuk permintaan anda diproses.​

 Mendedahkan data peribadi anda di luar negara

Pangkalan data pelanggan pusat, di mana semua data yang dihuraikan dalam Dasar Privasi disimpan, adalah dikendalikan bagi pihak dan mengikut arahan Swarovski oleh badan-badan korporat kami yang berkaitan, D. Swarovski KG, Swarovski strasse 30, 6112 Wattens, Austria. Swarovski memastikan pematuhan undang-undang privasi yang terpakai.

Demi menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada anda dan untuk memperbaik produk dan perkhidmatan kami, kami kadang-kadang akan mendedahkan data peribadi anda kepada syarikat lain dalam atau berkaitan dengan kumpulan Swarovski (termasuk tetapi tidak terhad kepada yang terletak di Switzerland, Amerika Syarikat, Liechtenstein dan Austria), sekutu dan penyedia perkhidmatan.

Swarovski tidak akan selain itu menggunakan atau mendedahkan apa-apa maklumat mengenai anda tanpa kebenaran anda melainkan jika:

•        penggunaan atau pendedahan itu adalah untuk salah satu tujuan yang dihuraikan dalam atau sebaliknya dibenarkan oleh Dasar Privasi kami;

•        penggunaan atau pendedahan itu adalah diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang;

•        kami percaya ia adalah perlu untuk membekalkan anda produk atau perkhidmatan yang anda minta;

•        kami percaya ia adalah perlu untuk melindungi hak, harta benda atau keselamatan peribadi orang lain atau Swarovski; atau

•        aset-aset dan operasi perniagaan Swarovski dipindahkan kepada pihak ketiga.​

Akses dan ketepatan

Atas permintaan, kami akan memberikan anda akses kepada data peribadi yang Swarovski pegang tentang anda, kecuali dalam keadaan yang terhad di mana ia dibenarkan untuk kami menahan maklumat ini. Untuk meminta akses kepada data peribadi anda, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan kami di bawah.​

Jika pada bila-bila masa anda ingin menukar data peribadi yang tidak tepat, tidak dikemaskini atau tidak lengkap, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan kami di bawah dan kami akan meminda rekod anda selepas pengesahan identiti anda.

Jika anda ingin memadam data peribadi anda, sila beritahu kami dengan cara yang sama seperti yang dirujuk di atas dan kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memadamkannya melainkan jika kami perlu menyimpannya atas sebab undang-undang, pengauditan atau risiko dalaman.​

Keselamatan dan penyimpanan data peribadi anda

Swarovski akan melindungi data peribadi anda dalam milikannya atau di bawah kawalannya dengan membuat pengaturan keselamatan yang munasabah untuk mengelakkan akses, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan atau risiko yang serupa tanpa kebenaran. Apabila kami tidak lagi perlu menggunakan maklumat anda, kami akan mengambil langkah-langkah untuk menyebabkannya tidak dapat diidentifikasi atau memusnahkannya dengan betul.

Malangnya, walau bagaimanapun, tidak ada penghantaran data melalui internet yang boleh dijamin selamat. Akibatnya, walaupun kami berusaha melindungi data peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan sebarang maklumat yang anda hantar kepada kami melalui Laman Web ini dan anda menggunakan Laman Web ini atas risiko anda sendiri.

Data peribadi anda disimpan pada pelayar yang selamat yang dilindungi dalam kemudahan terkawal. Kami memerlukan pekerja dan pemproses data kami untuk menghormati kerahsiaan apa-apa data peribadi yang dipegang oleh Swarovski.​

Nama pengguna dan kata laluan

Anda boleh memainkan satu peranan penting dalam memastikan data peribadi anda selamat dengan mengekalkan kerahsiaan apa-apa kata laluan dan akaun yang digunakan pada Laman Web ini. Sila maklumkan Swarovski dengan serta-merta sekiranya terdapat penggunaan tidak dibenarkan kepada akaun anda oleh mana-mana pengguna Internet lain atau sebarang pelanggaran keselamatan yang lain.

Anda bertanggungjawab untuk keselamatan nama pengguna dan kata laluan anda (atau maklumat log masuk lain) dan anda memikul tanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan maklumat ini.​

Pautan kepada laman-laman web lain

Swarovski menyediakan akses kepada laman web pihak ketiga melalui Laman Web ini. Laman web yang berpautan ini tidak berada di bawah kawalan Swarovski, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau kelakuan organisasi yang diakses menerusi pautan pada Laman Web ini. Sebelum mendedahkan data peribadi anda di mana-mana laman web, kami mencadangkan anda memeriksa terma-terma dan syarat-syarat serta dasar privasi laman web tersebut.​

Apa yang perlu dilakukan jika anda mempunyai masalah, soalan atau aduan​

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut berkaitan dengan Dasar Privasi kami, atau anda mempunyai masalah atau aduan, sila hubungi kami di:

Orang yang perlu dihubungi: Data Protection Team  

E-mel: [email protected]

Nombor untuk dihubungi: +65 666 16390

Dalam kebanyakan kes, kami akan meminta anda membuat permintaan anda secara bertulis kepada kami. Kami akan menyiasat aduan anda dan akan menggunakan usaha yang munasabah untuk membalas kepada anda secara bertulis dalam masa 21 hari setelah menerima aduan bertulis.​

Perubahan masa depan

Dari masa ke semasa, dasar-dasar Swarovski akan dikaji semula dan boleh diubah. Walaupun Swarovski berusaha untuk meminimumkan perubahan pada dasar-dasarnya, Swarovski berhak mengubah Dasar-dasar Privasinya pada bila-bila masa dengan menyiarkan satu versi terkini di Laman Web ini. Oleh itu sila pastikan anda sentiasa menyemak dasar-dasar ini untuk memastikan anda mengetahui terma-terma semasa. Jika pada bila-bila masa Swarovski memutuskan untuk menggunakan data peribadi dengan cara yang amat berbeza daripada apa yang dinyatakan pada masa ia dikumpulkan, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel atau melalui notis yang jelas di Laman Web ini, dan jika perlu, kami akan mendapatkan kebenaran anda terlebih dahulu.

Jika Dasar Privasi ini digubal dalam bahasa lain dan terdapat sebarang percanggahan antara peruntukan dalam dua versi bahasa, peruntukan dalam versi Bahasa Inggeris Dasar Privasi ini akan diguna pakai.​

Terakhir diubah suai: 12 Disember 2019​

klik di sini untuk versi bahasa inggeris